Friday, December 17, 2010

storyboard . . !



haa...
settle assgment aku yang pertama untuk sbjek digital media..
assgment pertama...kena wat storyboard...
haa...nak tau apa kisah yang aku n my group paparkan..?
mari sama-sama dengar apa yang bakal aku kongsi yew...

(ready untuk mulakan cerita)

kisah diantara kaum adam dan hawa..
pertemuan mereka berdua bermula di semua bus stop..
dari situ,mereka mulai berkenal kenalan...
setelah lama berkenalan..tidak disangka2 rupa2nya mereka berdua merupakan mahasiswa dan mahasiswi di sebuah ipta yang sama...
perhubungan mereka disilangi dengan kasih sayang sebagai teman dan kemudian semakin akrab sehingga menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih...
walaupun menjalinkan hubungan cinta,namun semua itu tidak menghalang mereka berdua untuk terus mencapai cita2 hingga ke menara gading...
setelah 2 tahun menjalinkan hubungan...
akhirnya mereka berjaya memperolehi ijazah dengan kejayaan masing2..
ini membuktikan bahawa cinta mereka tidak pernah menjatuhkan semangat mereka berdua untuk terus berjaya..!
setelah berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.akhirnya mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin..
lalu,si hawa membawa si adam untuk bertemu dengan orang tuanya..
setelah bertemu dan mereka sama2 mengemukakan hajat mereka kepada ibubapa si hawa.malangnya,keputusan mereka tidak mendapat persetujuan daripada ibubapa si hawa.
dengan perasan kecewa lalu si hawa melarikan diri keluar dari kediaman rumahnya.tanpa tidak sengaja,tiba2 sebuah kereta lalu dengan laju kearah si hawa dan melanggarnya.
si adam yang terkejut melihat kejadian tersebut menjerit memanggil teman wanitanya lalu bergegas lari kearah si hawa..
si hawa terus dibawa kie hospital untuk mendapatkan rawatan.
malangnya,dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
ibubapa si hawa rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi.si adam pula berasa sangat sedih dengan kejadian tersebut..
namun,dia terima segala takdir yang ditentukan.setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya.
tanpa disangka-sangka hubungan yang telah lama terjalin rupa-rupanya berakhir dengan sebuah kesedihan akibat kematian.impian yang diimpikan hanyalah angan-angan semata-mata.tinggal la si adam keseorang  tanpa ditemani oleh si hawa lagi....AL-FATIHAH!

       TAMAT_

*sedarlah..kita hanya merancang.tapi,yang menentukan hanyalah Allah s.w.t
*setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya
*cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah lebih mulia daripada cinta sesama manusia...
^ renung-renungkan.. ! assalammualaikum..

*cerita asal daripada bahasa inggeris tapi sudah ditafsir dalam bentuk bahasa melayu oleh dekcik(pemilik blog)

No comments:

Post a Comment